• Pemimpin JKKK Rebut Peluang Dapatkan Diploma

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    SRI AMAN: "Kerajaan negeri menyokong usaha berterusan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) meningkatkan kompetensi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan memperkenal dua program baharu iaitu Diploma Pembangunan Luar Bandar dan Diploma Eksekutif Pembangunan Luar Bandar yang ditawarkan UniKL dan UCAM," kata Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Menurut beliaunya, ia adalah sebahagian daripada usaha strategik pembangunan modal insan.

    Memetik laporan Utusan Borneo beliau berkata, kerajaan berharap pemimpin JKKK dan pemimpin pelapis dari negeri Sarawak akan mengambil peluang mengikuti program yang ditawarkan kedua-dua universiti berkenaan.

    Tambahnya, pucuk pimpinan memberi kepercayaan tinggi kepada JKKK dalam menjalankan fungsi dan peranan sebagai egen serta mata dan telinga di peringkat akar umbi.

    "Selaku pemimpin yang paling dekat dengan rakyat, ahli JKKK bolehlah menjalankan gerakan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan berwibawa yang mampu menjana kepentingan rakyat terutama penduduk luar bandar," ujarnya.

    Uggah turut memberitahu terdapat enam siri seminar bagi ketua kaum dan ketua masyarakat yang akan dilaksanakan tahun ini.

    "Ini memastikan kepimpinan akar umbi di Sarawak benar-benar berwibawa sebagai ejen transformasi luar bandar," jelasnya.. - Sarawakiana

  • No Comment to " Pemimpin JKKK Rebut Peluang Dapatkan Diploma "