• Pemilik Jadi 'Hero' Padam Kebakaran Rumah Sendiri

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+

    LIMBANG: Tidak panik membuatkan seorang pemilik rumah berjaya memadamkan kebakaran rumahnya di Simpang Batu Danau, Jalan Tedungan pagi.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kebakaran berjaya dipadamkan oleh pemilik rumah menggunakan air paip.

    “Punca kebakaran tersebut berpunca daripada tumpahan minyak ketika aktiviti penjualan minyak yang mengalir ke dalam parit.

    “Terdapat punca api dihujung parit dari aktiviti pembakaran sampah dan telah menyebabkan kebakaran rumah tersebut,” katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Pemilik Jadi 'Hero' Padam Kebakaran Rumah Sendiri "