• Pemilik Bertindak Berani Padamkan Kebakaran Rumah Sendiri Di Jalan Penrissen

    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Tidak panik dan bertindak berani pemilik rumah berkembar dua tingkat berjaya memadamkan kebakaran bilik tidur utama kediaman terbabit daripada terus merebak.

    Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 tengahari tadi di Taman Indah, Jalan Penrissen.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pemilik berjaya memadamkan kebakaran sebelum anggota bomba tiba.

    Menurutnya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang tetap menjalankan kerja-kerja 'overhaul' bagi memastikan api benar-benar padam sepenuhnya.

    "Kebakaran telah mengakibatkan kemusnahan hampir 10 peratus ruangan bilik tidur utama rumah tersebut," katanya.

    Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku.

    Punca dan kerugian akibat kebakaran tersebut masih disiasat.-Sarawakiana


  • No Comment to " Pemilik Bertindak Berani Padamkan Kebakaran Rumah Sendiri Di Jalan Penrissen "