• Pemburu Jadi Lauk Singa

    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+


    CAPE TOWN – Seorang pemburu haiwan dipercayai telah ‘diratah’ oleh beberapa ekor singa di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.

    Cebisan badan manusia ditemui di merata-rata di taman permainan berhampiran Hoedspruit.

    “Ia kelihatan mangsa merupakan pemburu di taman berkenaan semasa diserang dan baham oleh sekumpulan singa.

    “Singa-singa itu seolah-olah telah makan semua tubuh mangsa, yang tinggal hanya kepala dan sedikit cebisan,” kata jurucakap polis Limpopo.

    Polis masih belum mengenal pasti identiti mangsa tetapi senapang yang penuh dengan peluru dan ubat pelali ditemui di sebelah cebisan badan mangsa. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Pemburu Jadi Lauk Singa "