• Pembinaan LRT Mampu Rapatkan Hubungan Rakyat

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 14 February 2018
    A- A+
    KUCHING: Dengan menghubungkan tiga kawasan penempatan utama di Kuching, Kota Samarahan dan Serian, pembinaan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bukan sahaja memendekkan waktu perjalanan antara kawasan berkenaan malah akan mampu merapatkan hubungan rakyat di kawasan terbabit.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dipetik The Borneo Post berkata, sebaik sahaja ianya siap, LRT akan menghubungkan ketiga-tiga kawasan itu dalam masa 30 minit.

    Menurutnya, LRT bukan sahaja menghubungkan Kuching, Kota Samarahan dan Serian, tetapi juga akan membawa hubungan keluarga dan rakyat yang kini tinggal berjauhan akan menjadi lebih dekat.

    "Tidak akan ada kesesakan lalu lintas, orang ramai dan keluarga akan lebih mudah untuk berhubung. Juga, pembangunan berorientasikan transit akan dibina di sepanjang garis LRT untuk merangsang pembangunan baru.

    "Pembangunan berasaskan transit ini juga akan membantu mewujudkan peluang perniagaan bagi industri kecil dan sederhana, ianya baik untuk rakyat dan ekonomi kita," katanya dipetik The Borneo Post
    Beliau berkata demikian pada masjli Malam Penghargaan "Kejiranan Watch (RT) di sini pada Isnin .

    Abang Johari menjelaskan, pengangkutan awam merupakan satu lagi pilihan bagi pelancong untuk bergerak.
    “Oleh itu, pentingnya tarikan di sepanjang laluan LRT diperbaiki dan akan mewujudkan kawasan pembangunan baru,“ katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Pembinaan LRT Mampu Rapatkan Hubungan Rakyat "