• Pembangkang Ulang Semula Cerita “Recycle” Menjelang Pilihan Raya

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+
    Minggu lepas, bila ringgit kukuh pembangkang guna BBC untuk main semula cerita lama. Dalam Whatsapp minggu ini, berbagai bagai cerita lama masuk balik. Cerita cerita ‘recycle’ yang dimainkan semula pembangkang bila mereka kering idea dan tandus isu.

    Cerita cerita persepsi yang ditabur semula semata mata untuk buat rakyat sangsi. Bagi mereka yang jarang membaca, mereka ini akan percaya bulat bulat dengan segala berita yang diterima. Inilah golongan yang paling diidamkan oleh pembangkang untuk “dibangangkan”. Sumbat apa sahaja terus percaya dan mudah terpedaya.

    Samalah seperti dua tiga orang netizen yang bodoh mempertikaikan kenapa kereta berhuruf  “Z” tidak membayar tol dan negara sudah tergadai kerana ada kereta polis China di jalanraya Malaysia. Padahal kereta tersebut digunakan untuk pengambaran filem. Golongan seperti inilah sasaran pembangkang untuk “dibangangkan”.

    Dua tiga hari lepas, di media sosial, pembangkang “recycle” semula cerita tentang projek Bandar Malaysia di tapak Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang sudah dipindahkan ke Pangkalan Udara TUDM yang lebih baik di Sendayan. 

    Penyokong PH kata, tanah di tapak projek berkenaan sudah digadaikan kepada negara China. Faktanya, dalam Konsortium ICBS, pegangan saham antara pihak Konsortium adalah sebanyak 40 peratus oleh syarikat China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) manakala 60 peratus oleh Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH).

    Pegangan saham IWH pula terdiri daripada sebanyak 40% oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ – Kerajaan Negeri Johor) dan 60% dimiliki oleh ‘Credence Resources’ yang diuruskan oleh Tan Sri Lim Kang Hoo. Kalau dilihat dari pegangan pemilikan tanah Bandar Malaysia pula ia dimiliki oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau Menteri Kewangan Diperbadankan sebanyak 40 peratus dan baki 60 peratus lagi oleh Konsortium IWH-CREC.

    Pemilikan utama projek adalah 76 peratus dimiliki oleh Malaysia dan sebanyak 24 peratus oleh China. Pada 20 Mei tahun lepas, Tun Razak Exchange City telah batalkan perjanjian dengan konsortium ICBS yang terdiri daripada IWH dan CREC.

    Susulan langkah pembatalan ini, Kementerian Kewangan yang memiliki 100 peratus projek TRX City kini memiliki 100 peratus Bandar Malaysia. Tidak masuk akal, jika dituduh 100 peratus tanah dan projek berkenaan sudah digadaikan kepada China kerana semuanya masih dimiliki oleh kerajaan Malaysia. 

    Datuk Seri Najib pun sudah menyatakan bahawa beliau tidak akan sekali-kali menggadaikan kedaulatan negara dalam apa-apa juga projek yang melibatkan syarikat dari luar negara.

    19 Januari 2018, Battersea Power Station di London telah dibeli oleh syarikat dari Malaysia dengan harga £1.6 billion. Tidak ada pun pembangkang atau penduduk di London kata negara mereka terjual kepada Malaysia. Ada dengar?

    Oktober 2015, di Melbourne, Australia, syarikat dari Malaysia akan membina bangunan setinggi 92 tingkat di sana. Bangunan itu yang bernilai AS$770 juta suatu hari nanti akan jadi bangunan tertinggi di Melbourne. Tidak pula orang di Melbourne kata Australia sudah tergadai pada Malaysia. Ada dengar?

    Syarikat dari Malaysia juga banyak terlibat dalam projek pembangunan di Mekah, Arab Saudi. Tidak pula orang Arab kata Arab Saudi sudah tergadai pada Malaysia? Hanya pembangkang di Malaysia suka ‘membangangkan’ rakyat dengan teori “negara sudah kena gadai” mereka.

    Pembangkang juga “recycle” balik cerita berkaitan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu walaupun mahkamah sudah pun membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang bersalah dan terlibat. 

    Pada saat begini undang-undang kekang berita palsu yang dicadangkan oleh Perdana Menteri adalah amat penting sekali. Ini kerana penyebaran maklumat dan berita seumpama itu boleh merosakkan kestabilan demokrasi negara ini.

    Pembangkang yang sudah terdesak, tidak sabar menunggu pilihanraya untuk berpolitik secara matang dan bijaksana. Pembangkang lebih suka mengelirukan rakyat dengan cerita cerita bohong ini agar otak rakyat penuh dengan toksik dan kebencian.

    Allah SWT Maha Berkuasa, akhirnya hari ini lihatlah parti mana yang penuh toksik dan kebencian? Sesama parti pembangkang sekarang penuh dengan kesangsian dan huru hara. Di situ lompat, di sana keluar parti, di satu tempat lagi berebut kerusi. Pembangkang sebenarnya tidak berpakat lagi. Elemen negatif yang mereka cuba semai menerusi cerita cerita tidak baik ini akhirnya balik ke mereka sendiri.


    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB762, Khamis
    1 Februari 2018

    Subjects:

  • No Comment to " Pembangkang Ulang Semula Cerita “Recycle” Menjelang Pilihan Raya "