• Pembangkang Tidak Mampu Selesai Isu NCR - Juanda

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya menegaskan pihak pembangkang tidak akan dapat menyelesaikan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

    "Mereka (pembangkang) tidak akan dapat menyelesaikan isu ini (NCR), hanya kerajaan pemerintah sekarang dapat tunaikan keadilan ini," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berusaha memberi yang terbaik untuk keadilan semua kaum dan etnik di negeri ini.

    "Ini usaha kerajaan BN, jadi kamu (pembangkang) jangan bermuka tak malu suka ambil kredit," ujarnya.

    Juanda turut menasihatkan supaya pihak yang mempunyai fakta untuk tampil kepada pihak berkuasa dalam isu NCR.

    "Tampil dan berdepan dengan pihak berkuasa dalam hal NCR, bukannya sekadar pandai membuat spekulasi dalam media massa dan media sosial," jelasnya. -  Sarawakiana
  • No Comment to " Pembangkang Tidak Mampu Selesai Isu NCR - Juanda "