• Pembangkang Bukan Pilihan Rakyat Sarawak

    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    Barisan Nasional (BN) Sarawak terbukti masih relevan untuk membantu menubuh kerajaan persekutuan selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

    Bukan melihat kepada calonnya tetapi kerjasama utuh antara parti komponen BN Sarawak masih kuat serta dilihat paling kuat bersatu dan bekerjasama.

    Merujuk kepada kemenangan BN Sarawak sebelum ini, ia merupakan satu jalinan yang begitu utuh dan menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama tanpa politik agresif.

    Walaupun dihujani bermacam-macam tohmahan ataupun kecaman daripada pembangkang, BN Sarawak terus konsisten melaksanakan dasar-dasar yang memberi faedah kepada rakyat tanpa kenal erti jemu.

    Dasar tersebut dilaksanakan tanpa mengira masa walaupun bukan dalam tempoh hendak mengada pilihanraya. Wakil rakyat BN sering turun padang mendengar masalah bila habis pilihanraya dan terus berkhidmat selagi penggal yang ditetapkan belum tamat.

    Memang tidak dinafikan terdapat perkara yang belum dapat ditunaikan tetapi ia berterusan akan dilaksanakan selagi rakyat meyakini BN Sarawak menerajui kepimpinan kerajaan negeri.

    Inilah antara sebab rakyat negeri ini masih kekal memilih BN kerana faktor penerusan dasar yang berfaedah untuk rakyat dan membangun negeri dengan lebih terancang.

    Keutamaan diberi kepada rakyat dan wakil rakyat BN lebih berprestasi serta fokus terhadap masalah dan kehendak penduduk kawasan masing-masing.

    Rakyat Sarawak lebih berhati-hati dalam pemilihan dan bertindak rasional semasa mengundi.

    Hakikatnya, rakyat lebih kepada memilih BN berbanding pembangkang kerana BN Sarawak terbukti terus bekerja untuk kepentingan rakyat dan negeri.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Pembangkang Bukan Pilihan Rakyat Sarawak "