• Pemandu Lori Terpelanting Keluar, Tersepit Pada Tayar

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    BINTULU: Seorang pemandu maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua lori di persimpangan Bakun Bintulu, Jalan Lama Bintulu-Miri, di sini awal pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 1:41 pagi itu, orang awam melaporkan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan, iaitu lori tanah tanpa muatan dari (arah Bintulu ke Miri) bertembung melanggar hadapan sebuah lori dengan muatan tar bitumen yang tersadai arah Miri ke Biintulu.

    Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kemalangan tersebut telah menyebabkan mangsa pemandu (lori tanah) Phang Chang Phiaw, 67 tahun terpelanting keluar daripada cermin hadapan bahagian tempat duduk pemandu lalu tersepit di bahagian tayar hadapan lori tersebut .

    “Pihak Bomba yang tiba di lokasi bertindak menggunakan peralatan ‘air lifting beg’ dan ‘rescue tool’ bagi mengeluar mangsa.

    “Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa diserah kepada pihak Ambulan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

    Mangsa diserahkan kepada pihak Polis bagi tindakan selanjutnya . – Sarawakiana
  • No Comment to " Pemandu Lori Terpelanting Keluar, Tersepit Pada Tayar "