• Peluncur Jepun Atlet Pertama Gagal Ujian Doping

    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+
    PYEONGCHANG: Peluncur warga Jepun, Kei Saito disahkan positif dalam ujian doping yang dijalankan pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di sini, sekali gus yang pertama dalam acara sukan itu.

    Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS) dalam satu kenyataan berkata, Saito, 21, gagal dalam ujian yang dijalankan sebelum persaingan bermula.

    Pihak berkuasa anti doping itu berkata, peluncur disahkan positif acetazolamide, iaitu sejenis bahan diuretik yang diharamkan.

    Berikutan itu, CAS berkata, Saito secara sukarela sudah meninggalkan perkampungan olimpik dan akan digantung sementara daripada sebarang kejohanan olimpik dan kejohanan lain sementara menunggu hasil siasatan.

    Selain Saito, pelajar jurusan biologi, kakaknya, Hitomi turut bertanding dalam Sukan Olimpik di sini. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Peluncur Jepun Atlet Pertama Gagal Ujian Doping "