• Pelantun Lagu Sell Drugs, Dipenjara Kerana Jual Dadah

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    PROVIDENCE - AMERIKA SYARIKAT. Seorang artis rap dari Rhode Island yang juga pelantun lagu Sell Drugs dijatuhi hukuman tiga tahun penjara selepas disabit bersalah menjual dadah.

    Pendakwa raya mengumumkan pada Selasa bahawa Michael Persaud dari Johnston didapati bersalah mengedar heroin dan pil tahan sakit fentanyl.

    Persaud yang menggunakan nama pentas Montana Millz telah menjalankan kegiatan tersebut sejak 2016.

    Peguamnya berkata, hukuman ke atas pemuda berusia 30 tahun itu adil dan Persaud telah mengakui kesilapannya. - The Independent/Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Pelantun Lagu Sell Drugs, Dipenjara Kerana Jual Dadah "