• Pelajar Tertelan Jarum Peniti Tudung Masa Bercakap

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+


    MARANG : Seorang pelajar tertelan sebilah jarum peniti yang diletakkan di mulutnya ketika memakai tudung di asrama sekolah.

    Norain Azira Azmi, 14, meletakkan dua jarum itu di mulut sambil bercakap, jam 2 petang, lapor Sinar Harian.

    Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini selepas kejadian itu dimaklumkan kepada guru asrama.

    "Saya pula dimaklumkan oleh guru terbabit selepas Norain Azira dikejarkan ke hospital," kata ibunya Noraslinda Ibrahim, 36.

    Wanita dua anak itu berkata kejadian berlaku pada hari jadi Norain Azira yang dilapor stabil selepas pemeriksaan.

    Berharap dapat dikeluarkan, Noraslinda berkata jarum itu berada dalam usus anaknya yang bakal dibedah pada Rabu.

    Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyebut tarikh kejadian. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Pelajar Tertelan Jarum Peniti Tudung Masa Bercakap "