• Pekerja warga Indonesia maut dipercayai dibunuh

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+
    BELAGA 19 Feb. - Seorang pekerja warga Indonesia dipercayai dibunuh setelah ditemukan terbaring dengan kesan tetakan di Ladang Penyuan 2 Estate, Blok 80, di sini tengah hari tadi.

    Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Superintenden Mohd. Sani Junid berkata, pihaknya menerima maklumat daripada penolong pengurus ladang tersebut memberitahu menemukan mayat pekerjanya sekitar pukul 9.30 pagi tadi.

    "Penolong pengurus ladang bersama beberapa kakitangan lain menemukan mayat mangsa lelaki dengan kesan tetakan di leher dan punggung di kawasan ladang itu.

    "Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga telah bertolak ke tempat kejadian dengan menaiki kereta," katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

    Menurutnya, perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai ke lokasi kejadian.

    "Kes buat masa ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," jelasnya. - UTUSAN ONLINE


  • No Comment to " Pekerja warga Indonesia maut dipercayai dibunuh "