• Pekerja Ladang Didakwa Rogol Anak Tiri Hingga Hamil

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+

    KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja ladang kelapa sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperkosa anak tirinya berusia 16 tahun 11 bulan yang kini hamil lapan bulan.

    Tertuduh yang berusia 50 tahun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Rofiah Mohammad.

    Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol anak tiri perempuannya tersebut di bahagian ruang tamu rumah mereka di Jerteh, Besut pada pukul 3 pagi, 25 Oktober 2017.

    Dia juga dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di Besut pada pukul 9 pagi, 22 Mac 2015.

    Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya 10 kali jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pekerja Ladang Didakwa Rogol Anak Tiri Hingga Hamil "