• Pejabat Konsulat China Di Kuching Gempar Dengan Penemuan Bungkusan Disangka Bom

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Pejabat Konsulat Jeneral China di Kuching digemparkan dengan penemuan bungkusan disangkakan 'bom'  di pagar bangunan terbabit semalam.

    Dalam kejadian yang berlaku pagi semalam, sepasukan anggota daripada Unit Pemusnah Bom telah digerakkan ke lokasi sejurus laporan mengenai bungkusan mencurigakan tersebut diterima.

    Difahamkan, pada hari sebelumnya kelibat seorang lelaki yang tidak dikenali dilihat berlegar-legar di kawasan bangunan terbabit sebelum menggantung bungkusan tersebut dan seterusnya beredar.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian terbabit berkata, pihaknya kini sedang menjalani siasatan lanjut mengenai kes tersebut.

    “Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan, bungkusan tersebut didapati hanya mengandungi satu bungkus tepung beras dan tidak mempunyai apa-apa komponen berbahaya,” katanya.

    Jelas Dev pihak polis kini giat mengesan motif serta identiti individu yang meletakkan bungkusan tersebut.-Sarawakiana

  • No Comment to " Pejabat Konsulat China Di Kuching Gempar Dengan Penemuan Bungkusan Disangka Bom "