• PDRM Menggunakan Dua Buah Kenderaan Polis Negara China?

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    PENJELASAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan berhubung gambar yang didakwa kononnya dua buah kenderaan polis negara China yang digunakan oleh pasukan PDRM.

    Dalam satu kenyataan, PDRM ingin menjelaskan bahawa kedua-dua buah kenderaan tersebut digunakan oleh sebuah syarikat perfileman yang sedang membuat penggembaraan filem bertajuk “The Original Sin” di sekitar Putrajaya. Filem yang mengisahkan tentang kehidupan seorang pegawai polis di Bandaraya rekaan (Ficticious) Han City ini, adalah untuk tayangan / pasaran di negara China.

    PDRM memandang serius dakwaan dan persoalan yang dibangkitkan di sebuah laman Facebook yang menggunakan gambar bekas pemimpin negara tersebut kerana ia jelas berniat serong dan cuba membangkitkan persepsi negatif terhadap agensi kerajaan.-sebenarnya.my

    Subjects:

  • No Comment to " PDRM Menggunakan Dua Buah Kenderaan Polis Negara China? "