• PDP Punya Kemampuan Bangunkan Sarawak

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+


    Selain Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) juga dikenali sebagai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang berkemampuan dalam membangunkan Sarawak.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata rakyat Sarawak beruntung mempunyai parti komponen BN yang kuat yang mempunyai pemahaman yang besar di kalangan para pemimpin.

    "Saya pasti PDP akan melindungi Sarawak dan akan bekerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain untuk membangunkan Sarawak," katanya.

    Sementara itu Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing menyeru rakyat untuk memberi mandat kuat kepada BN pada pilihan raya umum ke-14 yang akan datang.

    "PDP sebagai parti komponen BN di Sarawak akan terus berkhidmat kepada rakyat dan memastikan parti kekal kukuh menerusi pendekatan berorientasi rakyat," kata Tiong. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PDP Punya Kemampuan Bangunkan Sarawak "