• PBDSB Boleh Guna Haiwan Lain Sebagai Maskot

    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+


    Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Snowdan Lawan menyifatkan pemilihan babi sebagai maskot Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) jelas menunjukkan parti tersebut sebuah parti politik yang menggambarkan dirinya parti yang terasing dan tidak memerlukan bantuan orang lain.

    Memetik laporan The Borneo Post, Snowdan turut menggambarkan idea memilih haiwan yang boleh menyinggung sensitivi kaum lain itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

    "Kesan daripada idea yang tidak masuk akal itu akan menyinggung banyak pihak yang menganggap haiwan tersebut sebagai pantang larang dalam hidup mereka," katanya

    Walaupun PBDBSB menganggap babi adalah lambang penyatuan pelbagai suku etnik Dayak di negeri Sarawak namun Snowdan berkata idea maskot tersebut akan membina lebih banyak benteng di kalangan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

    "Saya mencadangkan agar PBDBS menggunakan haiwan lain seperti rusa, tikus sebagai maskot mereka yang merupakan sejenis haiwan yang sangat berjaga-jaga, kecil, cepat dan sangat sensitif terhadap sekitarnya," ujarnya - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PBDSB Boleh Guna Haiwan Lain Sebagai Maskot "