• PBB Tulang Belakang BN Sarawak - Peter Minos

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    Perhimpunan Agung Tritahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 Februari ini akan membincangkan beberapa perkara mengenai peranan PBB dalam memimpin Barisan Nasional (BN) Negeri, Sarawak dan rakyat.

    Selain itu, perhimpunan itu juga turut membincangkan hak dan kuasa Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 termasuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang

    Memetik laporan Utusan Borneo, penganalisis politik, Datuk Peter Minos berkata PBB bertindak sebagai tulang belakang BN Sarawak dalam memastikan negeri ini melangkah ke hadapan dalam semua bidang.

    “PBB sebagai tulang belakang BN Sarawak, akan membahaskan cara untuk menaik taraf keadaan di Sarawak dan bagaimana rakyat dapat memperolehi pekerjaan dan pendapatan yang lebih tinggi,” katanya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PBB Tulang Belakang BN Sarawak - Peter Minos "