• PBB Majukan Luar Bandar Sarawak Dengan Sokongan Parti Komponen BN

    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+
    Foto Sufri Yusof

    KUCHING: Prinsip perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari dahulu lagi menumpukan kepada pembangunan negeri ini terutama kawasan luar bandar.

    Presidennya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, hasil sokongan parti komponen Barisan Nasional (BN), kawasan luar bandar seperti Samarahan dan Mukah berubah wajah.

    " Ini adalah hasil politik pembangunan," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda dan Wanita PBB Sarawak ke-14 sebentar tadi.

    Abang Johari berkata, kini PBB menggerakkan usaha untuk membela hak negeri yang terhakis selain menjayakan usaha mentaransformasikan negeri ke arah ekonomi digital.

    Jelas Ketua Menteri lagi, PBB juga menggerakkan usaha untuk membela hak negeri yang terhakis.

    " Hidup kita telah berubah. Dan parti kita juga hendaklah sama-sama menyusuli perubahan yang berlaku.

    " Kita terpaksa bertukar kepada digital atau jika tidak, kita akan ketinggalan," ujarnya.

    Beliau mahu generasi muda Sarawak hari ini harus dimantapkan dengan ilmu terkini.

    "Orang muda terutama dalam PBB perlu ada program jangka panjang.

    ”Malah ahli PBB mesti tahu semua bahasa dan ini hanya dapat dicapai melalui pendidikan," jelasnya.

    Tambahnya, Abang Johari memberi jaminan kerajaan pimpinannya akan sentiasa memberikan keutamaan kepada pendidikan.

    " Sekolah kita teruk. Banyak yang daif. Kerana itu saya telah meminta RM1 bilion daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menaik taraf fizikal sekolah di luar bandar,” kata Abang Johari.-Sarawakiana
  • No Comment to " PBB Majukan Luar Bandar Sarawak Dengan Sokongan Parti Komponen BN "