• PBB Amalkan Sikap Hormati Pemimpin Tertinggi, Tradisi Parti Untuk Kekal Kukuh - Uggah

    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+

    Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan terus mengamalkan sikap menghormati keputusan para pemimpin tertinggi untuk terus kekal kukuh sebagai parti terbesar di Sarawak, kata Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Memetik laporan DayakDaily, Uggah berkata sikap menghormati pemimpin adalah tradisi dan budaya PBB yang merupakan faktor utama parti berkenaan bukan sahaja dapat bertahan tetapi bertambah hebat dari segi kekuatan sehingga pihak-pihak lain iri hati terhadap mereka.

    "Kami mempunyai tradisi kami tersendiri. Kami mempunyai budaya sendiri yang dipelihara dengan baik, dan ini adalah budaya dan tradisi yang menjadikan PBB semakin kuat setiap hari,"katanya.

    Beliau berkata, matlamat utama PBB adalah untuk membangunkan Sarawak terutama bagi masyarakat Bumiputera untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030.

    "Oleh sebab itulah kenapa ahli parti mengiktiraf budaya perpaduan dan menghormati keputusan daripada pemimpin. Inilah budaya yang telah kita warisi selama ini," jelasnya. - Sarawakiana.

    Subjects:

  • No Comment to " PBB Amalkan Sikap Hormati Pemimpin Tertinggi, Tradisi Parti Untuk Kekal Kukuh - Uggah "