• Paus Pembunuh Boleh Bercakap

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    PARIS - Paus pembunuh ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia boleh meniru beberapa perkataan diucapkan manusia seperti hello dan bye bye.

    Mamalia betina digelar Wikie tersebut, dikatakan belajar 'bercakap' daripada pelatihnya di Marineland Aquarium di Antibes, Perancis.

    Ia juga boleh menyebut 'Amy' dan one, two, three, selain melakukan bronx cheer atau ejekan dengan menjelirkan lidah.

    "Dalam spesies mamalia, ia adalah sesuatu yang jarang berlaku. Apa yang menarik, haiwan yang mempunyai kebolehan ini adalah mamalia marin," kata penyelidik bersama kajian di Universiti St Andrews, Dr Josep Call.

    Difahamkan, paus adalah antara haiwan yang boleh belajar untuk menghasilkan bunyi baharu dengan hanya mendengar.

    Selain itu, paus pembunuh yang hidup secara berkumpulan diketahui mempunyai 'dialek' vokal yang unik yang mana ia mungkin boleh meniru bunyi haiwan lain, namun kajian lanjut masih perlu dijalankan untuk mengesahkan perkara itu. - BBC

    Subjects:

  • No Comment to " Paus Pembunuh Boleh Bercakap "