• Pasport Malaysia Ke-6 Paling ‘Berkuasa’ Di Dunia

    Reporter: M. H. W.
    Published: Sunday, 25 February 2018
    A- A+

    HEBAT… Pasport Malaysia Antarabangsa kini berada pada kedudukan keenam ‘paling berkuasa’ di dunia, menurut laporan terbaharu Passport Index 2018 yang dibangunkan oleh firma Arton Capital.

    Passport Index merupakan rujukan mengenai senarai semua pasport yang diberikan ranking berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjungi dan rakyat sesebuah negara tanpa memerlukan kebenaran visa oleh negara dilawatinya itu.

    Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dalam satu kenyataan berkata pengiktirafan itu adalah sesuatu yang dijangka kerana memenuhi garis panduan ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

    “Melihat kepada sejarah, Pasport Malaysia Antarabangsa merupakan pasport pertama di dunia dilengkapi dengan ciri keselamatan biometrik menggunakan cip,” katanya. Ketika ini dokumen itu boleh digunakan di 157 negara tanpa visa.

    Menurutnya, ciri pasport negara ini terus ditambah baik dengan ciri keselamatan tambahan bagi menepati piawaian Dokumen 9303 ICAO pada 2013 dan lokasi cip dimasukkan ke dalam halaman muka surat biodata sejak tahun 2016.

    “Ciri-ciri keselamatan terkini akan terus ditingkat daripada dipalsukan demi menambah kebolehpercayaan rakyat dan pihak berkuasa asing bagi mengukuhkan penggunaannya di luar negara,” kata Mustafar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Pasport Malaysia Ke-6 Paling ‘Berkuasa’ Di Dunia "