• Pasangan Di Aceh Dihukum Sebat Kerana Berjudi

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    JAKARTA: Pihak berkuasa di Banda Aceh, Indonesia menjalankan hukuman sebat ke atas pasangan berkahwin bukan Muslim pada Selasa selepas kedua-dua mereka ditahan kerana berjudi di sebuah pusat hiburan.

    Mahkamah Syariah Aceh menjatuhkan hukuman itu ke atas pasangan yang dikenali sebagai Dahlan Sili Tongga, 61, and Tjia Nyuk Hwa, 45, dengan masing-masing lapan dan tujuh sebatan.

    Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.

    Walaupun orang bukan Islam didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Kanun Jenayah (KUHP) seperti berjudi, hukuman boleh ditentukan sama ada penjara di bawah KUHP atau di bawah undang-undang syariah.

    Pasangan itu didapati bersalah melanggar jinayat (undang-undang Islam) kerana berjudi.

    Hukuman sebat itu dilaksanakan di luar Masjid Babussalam di Lampaseh Aceh, Meuraxa, Banda Aceh.

    Mahkamah turut mensabitkan Ridwan, 67, dengan 22 sebatan kerana membenarkan aktiviti perjudian berlaku di premisnya. - The Jakarta Post/Asia News Network

    Subjects:

  • No Comment to " Pasangan Di Aceh Dihukum Sebat Kerana Berjudi "