• Pasangan Beli Bot, Malangnya Bot Karam

    Published: Monday, 12 February 2018
    A- A+


    PASANGAN ini, Tanner Broadwell dan Nikki Walsh telah menjual semua harta mereka semata-mata untuk belayar ke seluruh dunia namun malangnya bot yang mereka beli untuk pelayaran itu, telah karam dua hari lepas.

    Kejadian berlaku di teluk Mexico, berhampiran pantai Madeira. Bot sepanjang 28 kaki itu telah melanggar sesuatu dan karam.

    Nasib baik pasangan berkenaan dan anak anjing mereka selamat.

    Tanner dan Nikki telah meninggalkan tempat kelahiran mereka, Colorado, tahun lepas untuk belayar. Mereka kini tiada pekerjaan, tiada simpanan dan tidak ada tempat untuk dituju.

    “Saya jual semuanya untuk melakukan pelayaran ini dan saya kehilangan semuanya dalam masa 20 minit.

    “Saya tidak akan berputus asa sebaliknya akan beli bot baru. Kami tidak boleh berputus asa,’’ kata Tanner. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pasangan Beli Bot, Malangnya Bot Karam "