• PAS tuntut SPRM dedah siasatan kekayaan keluarga Mahathir

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+
    Akar umbi PAS Kawasan Kubang Kerian mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan hasil siasatan terhadap dakwaan kekayaan luar biasa ahli keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Wakilnya, Azmi Mat Husin berkata kemewahan yang dimiliki oleh keluarga berkenaan hanya berlaku sepanjang Pengerusi Pakatan Harapan itu menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

    “Saya hairan dengan apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri sehingga anaknya memiliki kekayaan luar biasa.

    “Justeru, kami mendesak agar siasatan SPRM didedahkan kepada umum kerana ramai yang ingin tahu mengenainya,” katanya hari ini.

    Terdahulu beliau bersama lebih 20 ahli PAS mengadakan perhimpunan aman di depan Masjid al-Fattah, Jalan Pintu Geng di Kota Bharu.

    Dalam pada itu, seperti pimpinan PAS lain, Azmi turut menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap tragedi Memali yang mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota polis.

    “Rakyat Malaysia ingin mengetahui kejadian sebenar yang berlaku ketika itu dan mereka yang terbabit dengan kes berkenaan perlu dihukum jika dibuktikan bersalah,” katanya. - BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " PAS tuntut SPRM dedah siasatan kekayaan keluarga Mahathir "