• Parlimen Penggal Keenam Bersidang 5 Mac Ini

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+

    Disebalik pelbagai spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Parlimen Malaysia hari ini mengeluarkan jadual persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 5 Mac ini.

    Persidangan kali ini dijangka mengambil masa 20 hari iaitu sehingga 5 April.

    Istiadat pembukaan Parlimen penggal keenam oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan berlangsung pada hari pertama iaitu Isnin, 5 Mac 10 pagi.

    Setiausaha Bahagian komunikasi Korporat Parlimen Malaysia, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed mengingatkan tentang peraturan-peraturan membuat liputan di Parlimen dengan mematuhi kod etika pemakaian yang telah ditetapkan.

    “Hanya seorang sahaja jurugambar yang dibenarkan membuat photo-opps untuk lima minit yang pertama di dalam dewan semasa Yang di-Pertuan Agong bertitah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

    Persidangan pada hari pertama masih di tempat yang sama iaitu blok utama bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

    “Turut diingatkan pada media hendaklah memperbaharui perakuan media yang telah tamat tempoh di Jabatan Penerangan Malaysia.

    “Semua petugas media hendaklah mematuhi etika pemakaian iaitu lounge-berwarna gelap, bertali leher dan berkasut untuk lelaki.

    “Bagi wanita pula hendaklah berbaju kurung, blouse berlengan panjang, skirt labuh atau di bawah paras lutut, atau lain-lain pakaian yang kemas,” ujarnya.

    Bagi Dewan Negara persidangan akan berlangsung selama 10 hari iaitu dari 16 April hingga 30 April. - BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " Parlimen Penggal Keenam Bersidang 5 Mac Ini "