• Parlimen Dijangka Bubar Selepas Persempadanan Semula Lulus

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu isu persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor dan akta berita palsu diselesaikan di peringkat Dewan Rakyat Mac ini sebelum membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang diberi tanggungjawab itu akan memastikan dua perkara utama terbabit selesai pada sesi persidangan kali ini yang bermula Isnin depan

    Malah, Perdana Menteri juga dijangka akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas dua isu berkenaan mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

    Menurut laporan sebuah portal berita, persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Dewan Rakyat pada Mac ini.

    Perkara itu dimaklumkan, bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff yang berpendapat bahawa persempadanan semula itu tidak membabitkan pertambahan bilangan kerusi.

    “Memadai lulus di Dewan Rakyat dengan majoriti mudah, kemudiannya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan terus boleh dilaksanakan.

    “Ia tidak perlu bawa kepada kelulusan di Dewan Negara, ia bukan pindaan undang-undang ataupun akta baharu, sebaliknya hanya laporan persempadanan.

    “Proses ini adalah mengikut undang-undang dan perlembagaan negara,” katanya.

    Tarikh pembubaran Parlimen masih menjadi teka teki semua pihak tetapi SPR dan polis sedang mengatur persiapan memghadapi PRU ke 14.-BNBBC

    Subjects:

  • No Comment to " Parlimen Dijangka Bubar Selepas Persempadanan Semula Lulus "