• Pandu Hati-Hati, Patuhi Undang-Undang Ketika Pulang Ke Kampung - Najib

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati untuk pulang ke kampung bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

    Beliau turut meminta mereka yang pulang ke kampung mulai hari ini agar mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan perjalanan mereka selamat.

    “Saya percaya ramai hari ini dah mula bersiap untuk pulang ke kampung bagi sambutan Tahun Baharu Cina.

    “Saya harap pandulah berhati-hati dan patuhi undang-undang lalu lintas. Semoga dapat luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan yang tersayang. Selamat bercuti!,” katanya menerusi akaun Twitternya @NajibRazak hari ini.

    Menjadi budaya di Malaysia aliran trafik di jalan dan lebuh raya meningkat pada setiap musim perayaan termasuk Tahun Baharu Cina.

    Cuti umum bersempena Tahun Baharu Cina tahun ini, yang merupakan tahun anjing, bermula pada Jumaat ini dan berakhir pada Sabtu.–BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Pandu Hati-Hati, Patuhi Undang-Undang Ketika Pulang Ke Kampung - Najib "