• Pan Borneo, Kontraktor Harus Lebih Bertanggungjawab

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    Sudah menjadi lumrah apabila setiap projek yang mengalami masalah pada peringkat kontraktor, netizen akan menuding jari menyalah kerajaan.

    Kerajaan sudah menetap prosedur operasi standard (SOP) untuk dipatuhi pihak kontraktor dan ia tidak sepatut berlaku jika masih terdapat SOP tidak dipatuhi sepenuhnya.

    Baru-baru ini Kementerian Kerja Raya telah memberi amaran kepada kontraktor yang terlibat projek Pan Bornei agar mematuhi setiap SOP yang diketengahkan.

    Malahan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadilah Yusof memberi amaran terakhir kepada kontraktor supaya SOP yang telah ditetapkan supaya dipatuhi.

    Adalah sebaiknya kontraktor tidak memandang remeh hal berkaitan SOP kerana ia berkaitan keselamatan awam.

    Kerajaan menggunakan peruntukan yang besar membina Lebuhraya Pan Borneo untuk kepentingan dan kemudahan rakyat negeri ini.

    Tidak perlu mengingkari arahan agensi kerajaan yang mengurus projek tersebut. Hal berkaitan SOP adalah untuk kebaikan bersama tanpa menimbul masalah yang akan menyebabkan rakyat bersuara membidas dan pihak tidak bertanggungjawab akan membangkitkan isu dengan menuding jari menyalah kerajaan sedang pada hakikatnya kontraktor yang bermasalah.

    Subjects:

  • No Comment to " Pan Borneo, Kontraktor Harus Lebih Bertanggungjawab "