• Pakistan haramkan acara promosi Hari Valentine

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+

    ISLAMABAD - Pakistan mengharamkan sebarang acara dan liputan media mempromosikan Hari Valentine untuk tahun kedua berturut-turut selepas mahkamah memutuskan sambutan tersebut melanggar ajaran Islam.

    Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Media Elektronik Pakistan (Pemra) mengeluarkan perintah memberi amaran kepada stesen televisyen dan radio terhadap sebarang promosi peristiwa Hari Valentine.

    “Tiada acara akan diadakan di peringkat rasmi atau di mana-mana tempat awam,” kata Pemra.

    Larangan itu diperkenalkan oleh Mahkamah Tinggi Islamabad tahun lalu selepas petisyen yang mengatakan bahawa sambutan itu adalah import budaya dari Barat yang akan melemahkan umat Islam.

    Kebanyakan orang muda di kalangan majoriti 60 peratus penduduk Islam di bawah umur 30 tahun termasuk pertubuhan-pertubuhan komersil sejak kebelakangan ini mengamalkan tradisi sambutan Hari Valentine dengan jualan bunga dan coklat.-REUTERS/ Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Pakistan haramkan acara promosi Hari Valentine "