• Pakatan Harapan Diramal Sibuk Merebut Jawatan

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+


    Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pakatan Harapan diketuai DAP diramalkan akan kekal sibuk merebut jawatan Perdana Menteri selama dua hingga ke tiga tahun sebelum mereka dapat memulakan tugas untuk berkhidmat kepada rakyat.

    Ini kerana, Perdana Menteri berkata, akan berlaku dua senario jika Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum nanti.

    “Pertama, Dr. Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya kepada Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana umum mengerti Dr. Mahathir menganggap semua pemimpin lain tidak betul.

    “Senario kedua, kalau Dr. Mahathir memilih untuk membuat pusingan U dan melepaskan jawatan beliau kepada Anwar, akibatnya jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya, akan disandang oleh sepasang suami isteri dan inilah nepotisme tahap paling kritikal yang diamalkan mereka,” kata beliau menerusi blog NajibRazak.com hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pakatan Harapan Diramal Sibuk Merebut Jawatan "