• 'Pakar, Jururawat Kena Letak Jawatan'

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 12 February 2018
    A- A+
    KANGAR: Kementerian Kesihatan belum ada cadangan untuk memberi cuti khas kepada pakar perubatan dan jururawat tempatan yang ingin bekerja di luar negara.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata perkara itu tidak pernah diperhalusi kementerian walaupun ia dikatakan bertujuan menimba pengalaman kerana bekerja di bidang sama di luar negara.

    "Kita juga tidak mempertimbangkan perkara ini kerana jumlah kakitangan di hospital di negara ini agak terhad.

    "Mereka tetap perlu meletak jawatan di sini dahulu sebelum pergi bekerja di luar negara," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Perlis, di sini, hari ini.

    Dr Hilmi berkata, kementerian maklum bahawa khidmat jururawat atau pakar perubatan dari negara ini dipandang tinggi oleh negara luar, terutamanya negara Asia Barat.

    " Ini adalah satu penghargaan yang terbaik bagi mereka," katanya.

    Sementara itu, beliau turut memuji ALPH kerana menjadi penghubung antara pihak hospital dan komuniti, terutama dalam meemberi penerangan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan hospital.

    "Terdapat 2,336 anggota ALPH di seluruh negara, yang berperanan memberikan penerangan kepada umum, termasuk mengenai cabaran yang dihadapi oleh pihak hospital ketika menjalankan tugas.

    "Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imej hospital khususnya pada pandangan orang awam," katanya.

    Subjects:

  • No Comment to " 'Pakar, Jururawat Kena Letak Jawatan' "