• Ordinan Perlombongan Mnyak Negeri 1958 Harus Dipatuhi - Abang Jo

    Published: Monday, 12 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Undang-undang yang termaktub dalam Ordinan Perlombongan Munyak Negeri 1958 harus dipatuhi oleh semua syarikat yang mahu bergiat dalam industri minyak dan gas di Sarawak.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Abang Johari memberitahu ordinan berkenaan berkuat kuasa serta merta dan sebarang aktiviti melombong haruslah mempunyai permit dan lesen seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

    "Ini bermakna, Petronas mahupun mana-mana syarikat luar yang mahu melakukan aktiviti perlombongan termasuk minyak dan gas di Sarawak harus mematuhi undang-undang negeri.

    Tambahnya, Petroleum Sarawak Berhad (Petros) akan memainkan peranan aktif dalam industri minyak dan gas.

    "Sebab itu, berdasarkan peruntukan tersebut dan Ordinan Perlombongan Minyak Negeri 1958, saya telah memberi lesen dan pajakan kepada Petros di bawah Seksyen 27 ordinan ini," tegas ketua menteri. - Sarawakiana
  • No Comment to " Ordinan Perlombongan Mnyak Negeri 1958 Harus Dipatuhi - Abang Jo "