• Orang Ramai Terlalu Obses ‘Live Video’ Apabila Berlaku Kejadian Kemalangan?

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    WASPADA: Orang ramai diingatkan agar tidak terlalu obses untuk memuat naik ‘live video’ dalam media sosial apabila melihat berlaku kebakaran sehingga terlupa membuat panggilan kecemasan.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata tindakan sedemikian bukan sahaja melambatkan penyampaian maklumat untuk menyelamat tetapi juga boleh mengundang kecelakaan yang tidak diingini.

    “Apabila masyarakat lambat menghubungi talian kecemasan ketika kebakaran hanya kerana ingin memuat naik video secara langsung di Facebook, kemungkinan api akan merebak lebih besar. Jika mendapat panggilan awal mungkin pihak bomba boleh terus memadam kebakaran daripada merebak, berbanding mengawal kebakaran apabila api semakin marak sebelum memadamkannya.”-sebenarnya.my

    Subjects:

  • No Comment to " Orang Ramai Terlalu Obses ‘Live Video’ Apabila Berlaku Kejadian Kemalangan? "