• Orang Ramai Perlu Sedar Kesan Buruk Penggunaan Beg Plastik, Bekas Polisterin

    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+

    BATU KAWA: Kesedaran terhadap kesan penggunaan beg plastik dan bekas polisterin adalah perlu bagi memelihara alam sekitar dari terus tercemar.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N13 Batu Kitang Lo Khere Chiang, Program Kempen Larangan Penggunaan Bekas Makanan Polisterin Dan Hari Tanpa Beg Plastik adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan buruk terhadap penggunaan kedua-dua barang berkenaan.

    "Semua ini bertujuan untuk mengurangkan kesan yang tidak baik kepada alam sekitar dan juga kesihatan manusia dalam jangka masa panjang," katanya ketika merasmikan kempen tersebut di sini, hari ini.

    "Adalah menjadi harapan saya agar kempen seperti ini sedikit sebanyak mendatangkan kesedaran demi kebaikan kita semua terutama sekali bagi para pengguna dan peniaga yang sering menggunakan beg plastik dan bekas polisterin untuk membungkus makanan," tegasnya.

    Lo menjelaskan bahawa penggunaan beg plastik dan bekas polisterin sudah berkurangan di negara maju seperti Singapura, Korea, Jepun dan  negara maju lain. - Sarawakiana
  • No Comment to " Orang Ramai Perlu Sedar Kesan Buruk Penggunaan Beg Plastik, Bekas Polisterin "