• Operasi SAR Lelaki Hilang Di Sungai Ulu Rimbas Bermula Pagi Ini

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+


    BETONG: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang warga emas yang dikhuatiri hilang di sungai lewat petang semalam akan bermula pagi ini.

    Mangsa yang dikenali sebagai Ampi Gani,69 dilaporkan hilang selepas disedari tidak kembali ke rumahnya setelah mandi di Sungai Ulu Rimbas, Debak dekat sini.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 7.21 malam dan mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian.

    “Sebaik tiba di lokasi pihak kami mendapatkan maklumat daripada ahli keluarga mangsa dan membuat perbincangan bersama ahli keluarga dan memutuskan operasi SAR akan dimulakan awal pagi esok (hari ini)” katanya.-Sarawakiana


  • No Comment to " Operasi SAR Lelaki Hilang Di Sungai Ulu Rimbas Bermula Pagi Ini "