• Operasi SAR Hari Ke 5 Belum Temui Mangsa Tongkang Karam

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+



    SIBU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ke lima hari ini bagi mencari dua mangsa tongkang karam yang dikhuatiri lemas pada Isnin lepas masih belum menemui sebarang petunjuk.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelat Malaysia ( JBPM) Sarawak, pasukan SAR yang turut disertai pihak Polis hari ini mencari mangsa di sepanjang Sungai Batang Rajang dan menghala ke Pekan Song iaitu kira-kira 2 kilometer ke hilir sungai.

    “Operasi pencarian menggunakan kaedah surface searching, namun sehingga kini mangsa masih belum ditemui lagi,” katanya

    Dalam kejadian pada Isnin, sebuah kapal tongkang yang membawa muatan batu telah karam di Nanga Buan, Sungai Batang Rajang dekat sini.

    Ketika kejadian seramai 7 orang berada dalam kapal tongkang tersebut, 5 daripadanya berjaya menyelamatkan diri manakala 2 lagi masih hilang dan dikhuatiri lemas.

    Berdasarkan maklumat Polis, 2 mangsa yang dikhuatiri lemas masih berada di dalam kapal tongkang tersebut ketika kejadian.

    Mangsa Abhishek Kiran Jamdade, 20 dan Kaishna Radheshayam Badai, 28, kedua-duanya merupakan warganegara India. – Sarawakiana
  • No Comment to " Operasi SAR Hari Ke 5 Belum Temui Mangsa Tongkang Karam "