• Op Selamat Tahun Baru Cina Bermula 9 Februari Ini

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+

    HULU SELANGOR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Op Selamat 12/2018 sempena perayaan Tahun Baharu Cina selama 15 hari bermula 9 hingga 23 Februari ini yang memberi fokus kepada pencegahan kes jenayah pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalan raya.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, objektif operasi ini adalah sama seperti sebelumnya untuk mencegah jenayah pecah rumah dengan menekankan keselamatan harta benda dan rumah yang ditinggalkan selain meminimumkan kemalangan jalan raya sepanjang tempoh cuti perayaan.

    “Kita akan menyusun strategi dalam.melancarkan pergerakan lalu lintas, menurunkan kadar kemalangan biasa dan kemalangan maut serta jenayah pecah rumah.

    “Bagi memastikan kempen ini berjalan lancar, masyarakat juga dinasihatkan untuk sama-sama memberikan sokongan terutamanya mengambil.langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah serta mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya selepas merasmikan Op Selamat 12/2018 di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam, di sini sebentar tadi.

    Yang turut hadir, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh.

    Sementara itu, Mohamad Fuzi turut memaklumkan pihaknya menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) turut melancarkan pasukan Unit Siasatan Lebuh raya (USLR) zon utara yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan siasatan bagi kes kemalangan ringan. - UTUSAN ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Op Selamat Tahun Baru Cina Bermula 9 Februari Ini "