• Objektif Tersirat Dalam Pembubaran Parlimen

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+


    SHAH ALAM - Objektif tersirat yang ada pada kuasa perdana menteri mengenai pembubaran Parlimen adalah berkaitan dengan usaha mengekalkan BN sebagai kerajaan, maka objektif itu lebih utama kepada mana-mana parti pemerintah.

    Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata, ini bukanlah soal mengadakan pilihan raya dan penetapan tarikh serta aspek teknikal sahaja, tapi objektif yang ada pada perdana menteri adalah mencari masa yang sesuai dengan sentimen yang lebih memihak pada BN.

    "Itu adalah objektif utama kerana PRU bukanlah perkara main-main dan pastinya Datuk Seri Najib Razak sedar akan sentimen ini.

    "Pengamatan terhadap pelbagai perkara termasuk reaksi rakyat, kesediaan jentera, isu serta keadaan ekonomi negara juga penting dalam hal ini. Banyak induktor yang menjadi penelitian bagi mengadakan PRU," katanya ketika dihubungi.

    Beliau berkata, kelebihan yang ada pada setiap perdana menteri adalah mengenai hak beliau untuk pembubaran Parlimen selain mempunyai kelebihan mencari tarikh yang sesuai bagi parti beliau mendapat kelebihan bagi setiap PRU.

    Kaanya, jadi pembangkang harus tahu dan menerima hal ini.

    "Jika lambat PRU pun, saya fikir tiada masalah kerana masing-masing pihak boleh terus aktif berkempen.

    "Jadi, biarlah Najib diberi masa mencari kesesuaian tarikh bagi pembubaran Parlimen," katanya.

    Dalam pada itu, beliau turut merasakan sudah masanya bagi Parlimen dibubarkan kerana sentimen positif terhadap BN sudah kelihatan positif. Banyak induktor utama geo politik-ekonomi Malaysia kelihatan makin baik dan ianya mampu menjadi magnet kepada BN untuk kekal sebagai kerajaan.

    Semalam Sinar Harian melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn berkata, Parlimen akan terbubar secara automatik pada Jun depan.

    "Jadi kita lihat sama ada kita akan tunggu sehingga Jun atau kita buat lebih awal.

    "Saya menantikan satu bentuk petunjuk, seperti apa yang orang Melayu katakan sebagai ilham untuk memikirkan masa yang paling sesuai buat kita," katanya.- Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Objektif Tersirat Dalam Pembubaran Parlimen "