• NRA Tidak Sokong Larangan Senjata

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    PERSATUAN Raifal Kebangsaan Amerika Syarikat (NRA) berkata pihaknya tidak menyokong sebarang larangan ke atas senjata susulan insiden tembakan di sebuah sekolah di Florida yang mengorbankan 17 nyawa.

    Dana Loesch, jurucakap NRA berkata insiden tembakan seperti yang berlaku di Florida bukan berpunca daripada NRA.

    Menurutnya lagi, terdapat kesilapan daripada pihak penguatkuasa tempatan dan kurangnya tindakan ahli politik.

    Komen NRA dilihat bertentangan dengan cadangan Presiden Donald Trump untuk mengetatkan kawalan senjata.

    Sejak serangan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas pada 14 Februari lalu, pihak NRA menjadi sasaran kempen untuk undang-undang senjata yang lebih tegas.

    Sementara itu, pelajar sekolah terbabit mula kembali untuk sesi orientasi buat pertama kali sejak insiden.

    Mereka dijadualkan menyambung sesi persekolahan seperti biasa pada Rabu.

    Terdahulu, Trump mencadangkan langkah membekalkan guru dengan senjata dan menaikkan had umur dari 18 ke 21 tahun sebagai syarat untuk membeli beberapa jenis senjata.

    Beliau turut bersetuju untuk memperketat pemeriksaan latar belakang terhadap mereka yang mahu membeli senjata bagi mengelak insiden tidak diingini. - BBC

    Subjects:

  • No Comment to " NRA Tidak Sokong Larangan Senjata "