• Nora Danish Selamat Bersalin Anak Lelaki

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Pelakon Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki tepat pukul 9.05 pagi tadi di sebuah hospital swasta di ibu negara.

    Nora atau nama sebenarnya, 35, yang bersalin melalui pembedahan caesarean itu melahirkan bayi seberat 2.98 kilogram.

    Pengurusnya, Sharkawi Salehuddin berkata, keadaan Nora dan bayinya kini stabil.

    “Alhamdulillah, Nora selamat bersalin pagi ini. Dia dan bayinya kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

    Suami Nora, Nedim melalui Insta Story miliknya berkongsi: "Syukur Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki. Kita akan berkongsi wajah NeyNey Insya-Allah tidak lama lagi. Terima kasih untuk doa anda semua."

    Pelakon yang cukup dikenali menerusi siri Puteri itu berkahwin dengan Nedim Sujak Nazri Aziz pada Mac tahun lalu selepas tiga tahun menyulam cinta di sebuah majlis tertutup di Glasshouse, Seputeh.

    Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9 tahun.

    Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

    Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.- K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Nora Danish Selamat Bersalin Anak Lelaki "