• Nora Danish Kongsi Nama Anak

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+

    Pelakon Nora Danish berkongsi nama anaknya menerusi laman sosial Instagram miliknya sebentar tadi.

    Memilih nama Mohamed Neqayl Nedim, Nora selamat melahirkan bayinya yang dipanggil Ney Ney itu pagi tadi menerusi kaedah pembedahan.

    Suami Nora, Nedim Aziz turut berkongsi video anaknya itu.

    Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.

    Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia sembilan tahun.

    Nedim juga pernah berkahwin sebelum bercerai padatahun 2013. Menerusi perkahwinan itu Nedim dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Nedrin yang kini berusia enam tahun. - UTSUAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Nora Danish Kongsi Nama Anak "