• Nintendo Terbit Filem Super Mario

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    TOKYO – Pembuat permainan video Jepun, Nintendo Co. Ltd. memberitahu ia akan bekerjasama dengan studio filem dari Amerika Syarikat, Illumination Entertainment untuk menghasilkan sebuah filem animasi menggunakan karakter Super Mario Bros.

    Filem itu akan diedarkan oleh Universal Pictures, kata Presidennya, Tatsumi Kimishima dalam satu pertemuan dengan penganalisis-penganalisis pada Khamis.

    Tarikh pelancaran bagaimanapun masih belum diputuskan.

    Ini merupakan salah satu usaha Nintendo untuk mempelbagaikan sumber pendapatan kerana syarikat tersebut amat bergantung kepada perniagaan permainan konsol sahaja selama ini.

    Pada Rabu, syarikat tersebut melaporkan keuntungan operasi suku ketiga terbesar dalam tempoh lapan tahun, dipacu oleh permintaan tinggi bagi permainan konsol baharunya, Switch dan ia menjangkakan pendapatan tahunan syarikat tersebut akan mengatasi unjuran awal. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Nintendo Terbit Filem Super Mario "