• Nelayan Malaysia ditahan di Indonesia tiba hari ini

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 16 February 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR 16 Feb. - Seorang daripada enam nelayan Malaysia yang berjaya dibebaskan selepas ditahan di Indonesia tahun lalu, dijangka tiba di Lapangan Terbang Subang, dekat sini hari ini.

    Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, Low Siang Huat, 59, berasal dari Pulau Ketam, Pelabuhan Klang dekat sini telah ditahan di Indonesia sejak 16 Februari tahun lalu.

    Kata beliau, pembebasan Siang Huat adalah hasil kesepakatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) semasa Rundingan Tahunan Ke-12 Malaysia-Indonesia di Kuching, Sarawak pada November tahun lalu.

    "Siang Huat telah dibebaskan dari Rumah Tahanan Negara Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia dan dibawa menaiki feri menuju Batam, semalam.

    "Nelayan berkenaan dijadualkan menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Subang dan akan disambut ahli keluarganya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.


    Subjects:

  • No Comment to " Nelayan Malaysia ditahan di Indonesia tiba hari ini "