• Nancy Selar Pihak Kitar Semula Kenyataannya Pada 2013

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebarkan semula tuduhan lama tidak berasas terhadap beliau menerusi media sosial.

    Katanya tuduhan beliau pernah menyatakan “Bumiputera akan mencuri kalau tidak dibantu kerajaan” ditimbulkan kembali baru-baru ini walapun beliau telah menafikannya berulang kali sejak 2013.

    “Ini adalah satu perkara yang tidak adil... dari tahun 2013, tahun 2015, tahun 2017, ini tahun 2018 dah nak election (pilihan raya), dikeluarkan lagi (tuduhan ini),” katanya kepada media di Langkawi.

    Menurut Nancy, kenyataannya yang dibuat semasa menjawab soalan dalam satu program yang dihadirinya lima tahun lepas telah diputarbelitkan oleh sebuah media propembangkang pada ketika itu.

    “Demi Allah pada hari ini saya menyatakan saya tidak pernah mengatakan demikian,” katanya sambil meminta rakyat agar tidak terjebak dengan taktik kotor tersebut.- Bernama


    Subjects:

  • No Comment to " Nancy Selar Pihak Kitar Semula Kenyataannya Pada 2013 "