• Namawee Bebas Reman

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Selebriti kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee telah dibebaskan dari tahanan reman hari ini.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, Namawee dibebaskan kira-kira pukul 1 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

    “Proses pembebasan Namawee mengambil masa sekitar satu jam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Sebelum ini, Namewee direman empat hari bermula Jumaat lalu berhubung klip video terbaharu yang menimbulkan provokasi terhadap sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

    Khamis lalu, penyanyi tersebut ditahan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas hadir memberi keterangan susulan empat laporan polis dibuat terhadapnya. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Namawee Bebas Reman "