• Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Chow Chee Keong

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas penjaga gol kebangsaan Chow Chee Keong, 69, yang meninggal dunia pagi tadi.
    “Terima berita bekas penjaga gol kebangsaan Chow Chee Keong telah meninggal dunia.

    “Mendiang merupakan penjaga gol terbaik Asia lima tahun berturut-turut, dan legenda bola sepak Malaysia. Takziah kepada keluarga,” katanya menerusi laman Twitternya hari ini.

    Chee Keong, penjaga gol terbaik negara meninggal dunia akibat kanser pundi kencing di Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas melalui pembedahan pintasan jantung pada 17 Jan.

    Beliau pernah dipilih sebagai pemain terbaik oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) lima kali berturut-turut antara tahun 1966 dan 1970, dan kemudiannya menempa nama sebagai pemain profesional di Hong Kong. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Chow Chee Keong "