• Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Addi Asyraaf

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+
    KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengucap takziah kepada keluarga Addi Asyraaf yang meninggal dunia di Hopital Umum Sarawak malam tadi.

    Beliau memuatnaik ucapan takziah menerusi laman Facebooknya lewat malam tadi.

    "Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya masih ingat April 2016 saya berpeluang bertemu Addi Asyraaf, cukup gembira dia hari itu.

    "Ibunya kata memang impian Allahyarham nak berjumpa dengan saya," katanya

    Beliau yang turut mengingatkan kembali pertemuan dengan Allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

    Addi Asyraf, 8 tahun, yang menghidap penyakit hati (Allagile Syndrome) bertemu idolanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 April 2016, setelah permintaannya untuk berjumpa dengan pemimpin nombor satu negara itu menjadi viral di media sosial.

    Najib bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berkunjung ke kediaman keluarga Addi Asyraaf yang terletak di Kampung Bintawa dan telah meluangkan masa bersama mereka sekeluarga selama satu jam. 

    KetibaanNajib nyata memberi kegembiraan kepada adik Asyraaf yang telah sekian lama mengimpikan untuk berjumpa dengan beliau sejak dari usia empat tahun lagi. – Sarawakiana


  • No Comment to " Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Addi Asyraaf "