• Najib Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Atlet Olimpik Musim Sejuk

    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet luncur ais negara Julian Yee Zhi-Jie dan atlet luncur salji Jeffrey Webb yang bakal beraksi di Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, Korea Selatan dari 9 hingga 25 Feb.

    “Selamat maju jaya buat Julian Yee dan Jeffrey Web yang akan bersaing dalam #WinterOlympics 2018. Saya yakin anda berdua akan harumkan nama negara!" kata perdana menteri menerusi catatan Twitter beliau.

    Julian, 20, menempah slot ke temasya sukan berprestij itu selepas meraih tempat keenam di Kejohanan Trofi CS Nebelhorn di Jerman pada September tahun lepas.

    Sementara itu, Jeffrey, 19, yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat, akan beraksi dalam acara ‘alpine skiing' pada temasya sukan berkenaan.-BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Atlet Olimpik Musim Sejuk "